Destinasi sebelum mangakhiri zaman menganggur selama 7 bulan, Gua Tempurung. Perjalanan bersama-sama ayahanda dan bonda tercinta, En. Samar dan Puan Jasmi, along, Salfizah Samar dan suaminya, Zulkiflee Rasip. Bro Syazwan,kau jangan jeles yer.ahhah.Terletak di Gopeng, Perak, Gua Tempurung merupakan antara gua batu kapur yang terbesar terletak di Perak. Gua ini dipercayai wujud sejak 400 juta tahun dahulu.
Kerajaan Perak telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Gua Tempurung sebagai salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati di Perak. Tangga dan titi telah dibina untuk memudahkan para pelawat untuk menelusuri sejarah tamadun manusia di dalam gua ini.
Sejarah Malaysia juga telah membuktikan Gua Tempurung pernah menjadi tempat persembunyian komunis dari tahun 1950-1960. Selain itu, gua ini juga mempunyai khazanah alam semulajadi iaitu bijih timah dan menjadi tapak perlombongan pada 1970.
APT Consortium Sdn. Bhd. telah menyediakan pakej lawatan untuk memudahkan para pelawat merasai sendiri pengalaman di dalam Gua Tempurung.
LAWATAN BERJALAN KAKI
Golden Flawstone
- lawatan yang singkat mengambil masa 40 minit perjalanan pergi dan balik
- perjalanan bermula dari pintu utama ke pelantar 3 dengan menaiki tangga dan titi
Top of The World
- lawatan yang yang mengambil masa 1 jam 45 minit perjalanan pergi dan balik bersama renjer
- perjalanan bermula dari pintu masuk ke pelantar 5 dan kembali melalui laluan yang sama
Top of The World & River Adventure
- aktiviti berkumpulan yang lasak yang memakan masa 2 jam 30 minit pergi dan kembali bersama renjer
- perjalanan sejauh 1.2 km berjalan kaki mulai pintu masuk gua sehingga Top of The World, menuruni tangga untuk kembali melalui sungai
Grand Tour
- aktiviti berkumpulan yang lasak memakan masa 3 jam 30 minit pergi dan kembali bersama renjer
- perjalanan sejauh 1,9 km berjalan kaki mulai pintu masuk gua sehingga pelantar 10 untuk meneruskan aktiviti lasak dan kembali melalui sungai
sumber:flyer dan helaian daripada APT Consortium Sdn. Bhd
6 comments:
x jeles pun
hahah..ye le..:P
pesal korang pakai reben merah?/
itu bukan reben la..itu pelekat pap tampal kat baju..hahah..menandakan ni journey yg plg simple bgt..40 minit pergi blk
hmmm...
kn guna d90 gak br gamba cun
nnt gi lagi
hahaha..ye la..ape sangat le kamera canon ni en..banyak kali adjust slack gak r..ngess.nak amek gmba dalam gua pun itam legam je.hu.pas2 jd gamba cam knon tangkap gamba antu..
Post a Comment