Wednesday, 23 November 2011

Entah kenapa aku rasa.
Perasaan ini.



...................................

Hanya Dia sebaik-baik sandaran...

Friday, 11 November 2011







perang dengan diri sendiri adalah susah
perang untuk berjaya. perang untuk kejayaan.
perang untuk selalu rajin
perang untuk terang hati
perang untuk mudah menghafal

............................


Saturday, 5 November 2011

marah aku selama ni diamkan sahaja
sakit hati aku selama ni aku pendamkan sahaja
terasa aku ni aku abaikan sahaja.

Ya. cakaplah aku lembik.
katalah aku pondan
katalah aku cengeng.
sebab sememangnya aku rapuh
aku mudah tersentuh.
air mata aku murah sangat

kalau baca novel pun aku boleh menangis
inikan pula dunia sebenar.

sebetulnya, aku tak sekental engkau.
dan aku pun nak belajar
supaya jadi hati kering

Friday, 19 August 2011

kali ni betullah terjelepuk
ade yg tak betul pada diri
ade yg kena perbaiki

banyak.dan pasti.


Friday, 12 August 2011

patah gigi

atau sebetulnya mimpi patah gigi.

orang kata tandanya antara ahli keluarga sanak saudara kita akan pergi.

entahlah.

sebab pengalaman aku ahli keluarga rakan yang aku kenal dan rapat yang pergi.

dua kali. betul atau kebetulan? atau hanya mainan tidur.

Al-Fatihah buat ayah sahabat yang baru pergi 6 Ramadan lalu. Semoga ditempatkan di antara orang-orang yang beriman. Amin..

mati itu pasti. hidup insya-allah

dupdapdupdap

aku masih lagi mampu tertawa walaupun dalam hati berkecamuk perasaan gementar,
tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dalam AS. pada yang tidak, aku pun pernah jatuh, semua orang pernah jatuh. jatuh buat kita belajar untuk bangun.

dupdapdupdap.

khamis depan turn aku dapat result.

buka facebook. scroll down latest status, aku hanya mampu tersenyum. ketar tangan aku untuk sibuk mengkomen sama. sebab masa aku belum tiba.

waktu itu pun tiba lagi. bukan macam orang lain. itu yang aku gementar.

puasa belum habis tapi dah sibuk berdekorasi.

ya.aku masih ada.


Ramadan Mubarak!











Tuesday, 28 June 2011

speechless

I really didn't know how to express my feeling when they did this.

Just because this was my first time I celebrated with my friends.

As the previous teenage year, my birthday was on school holidays.



Just so you guys know, I was really appreciate that delicious cake, cute presents and lovely wishes.

THANK YOU.

Venue : McDonald Taman Connougt
Date : 6 June 2011
Time : 8.00 pm (after Core Math 4 paper)

And not to forget, THANK YOU for your thoughts through message, facebook and even calls.

aku memang kaku bab-bab surprise kepada diri sendiri.taktau nak buat reaksi camaner.ego?


Dan apabila umur bertambah setahun...


"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa."

[Ar-Rum : 30]

Tuesday, 21 June 2011

hidup untuk belajar agar dapat belajar makna hidup

Buku yang aku hadapkan pada hari-hari semalam dah selamat dihadamkan. Ilmu yang masih cetek aku telan dah selamat aku luahkan. Tepat 2.30 pm 20 Jun 2011, kertas Core Mathematics 4 sudah aku usaikan. Dan berakhirlah juga penantian-penantian aku pada minggu peperiksaan. Langkah seterusnya, tawakal.

Tapi.

Exam IELTS pula terus terusan memanggil aku untuk mata tak leka pada buku semula.

Bagus juga. Supaya aku tahu ilmu Allah tu ada di mana-mana. Bukan setakat baca untuk periksa. Ya. Ilmu tu ada di mana-mana.

Wednesday, 30 March 2011

Dan bila aku keluar dari kepompong itu
Aku nampak peluang kadang datang cuma sekali
Mati itu pasti, hidup insya-Allah
Cuma yang aku takut, akal mengawal naluri

Aku dan mereka sama
Cuma jalan yang ditempuh berbeza
Yang dikejar pada pengakhiran
Mula dan tengah tertimbun cabaran

Dan kerana itu aku percaya
Menjadi diri sendiri tak pernah salah
Asalkan hati dan tangan tak lepas daripada aturan Allah

Cuma entri yang dah lama aku draftkan

Harus kagum budak ini

Umur baru 13 tahun. Tapi this kid dah struggle untuk a-level. Genius genius. Nasiblah tak satu kelas dengan dia. Kalau tak tercabar ouh. One of his classmate said that he is super genius. Test tak mainlah B, markah 90% ke atas. hukhuk.


Adik, takpe ke belajar tinggi-tinggi semuda itu?
Belum 20-an dah graduate. WOW!

Sunday, 20 March 2011

Pedestrian Shelter

Walking to the IELTS class at the north wing on the Saturday morning has been part of our daily routine. Though it is quite far yet we prefer not to spend our money for the taxi. Perhaps taking it as an exercise. Semua orang pun jalan kott.

To cross the big and large road, with non-stop vehicles coming, the government has provided us with the pedestrian bridge. not only one but TWO. We always choose the second blue colour one as it is more environment friendly with a few rubbish rather than the other one.

The bridge for us is for road crossing. Not more than that BUT for this one aunty, the bridge is like her shelter. Every Saturday morning we use that bridge, we see the aunty soundly sleeping on the floor at the side of the bridge. Without bothering about the people. The sound of the vehicle. The smell. The cleanliness. Or even about herself. And I..just watching helplessly.

On the way back after the class has finished, the aunty sometimes is still sleeping.

She perhaps may not have the choice. Limited choice to live the life. Yet for us, even to cross the road, we are given the two choices.

Wednesday, 16 March 2011

bukan aku iri atau dengki
cuma aku kesal dengan diri
selalu dalam kepompong bayang-bayang
berselindung disebalik kelemahan dan kekusutan
tak pernah cuba untuk keluar sebab aku tahu aku tak mampu keluar
aku hanya tahu berselindung

aku pernah cuba tapi terkaku
sungguh tiada kata neutral
mungkin memang itu bukan aku
bukan aku yang kau baru kenal
bukan aku yang kau nampak hanya bayang-bayang
cuma kadang aku rasa lebih selesa dalam kepompong aku sendiri
walaupun punya naluri untuk keluar
tunggulah sampai aku punya noktah kata

aku tak salahkan sesiapa
aku hanya kesal
kesal pada diri

******

aku yakin pada DIA

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Bersama kesulitan ada kemudahan."

[Asy-Syarh : 5-6]


Sunday, 13 March 2011

ruang dan peluang dan pilihan

Hidup dalam kelompok yang majoritinya bukan beragama Islam buat aku sedar semula sejauh mana pengetahuan aku dalam agama Islam, sejarah pembentukan Islam dan peranan aku sebagai muslimah.

Dan seperti membuka ruang untuk aku lebih mengetahui ilmu yang mendekatkan aku pada agama dan bukan setakat Islam pada nama.

Mungkin ini peluangnya. Aku perlu mencari ruang.



Klik sini untuk maklumat lanjut.

Salah seorang penceramah adalah Kak Afni, kakak usrah yang sangat sporting dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. :) Selamat Pengantin Baru!!

Sangat nak pergi. IELTS class hari Sabtu tu. Kalau skip kelas sehari dan pergi bengkel tu boleh kott. Sounds not soo good. Tapi kan peluang ni satu dalam seribu. Mungkin ada lain kali tapi taktau bila.

IELTS class pon penting tapi tiap-tiap minggu pun ada jugak. Memang tertinggal satu slot tapi semuanya bergantung pada diri untuk cover up balik lesson.

Meninggalkan aku lagi dengan pilihan.

Tapi kalau takde kawan nak join skipping, aku reda je lahhh.

Friday, 11 March 2011

Kelas pertama semalam buat jantung aku macam nak pecah. Laju je denyut nadi.

Usaha sudah. Ikhtiar sudah dan semalam keputusan.

Terketar-ketar aku pegang slip peperiksaan tu.

Dan dengan perlahan aku tatap...

Alhamdulillah.

Cuma physics yang terasa macam mencucuk dan menikan jantung dengan tajam.

Walaupun markah yang lain macam tak strong dan sepatutnya aku kena kumpul saham berganda sebelum menempuh cabaran berganda-ganda, tapi itulah hasilnya.

Physics oh physics. Ini baru unit 1 belum lagi 2,3,4,5

Aku ada 2 pilihan:
  1. Retest paper physic jun ni dengan bayaran rm195-lecturer cakap memang perlu untuk tambah saham.
  2. Untuk subjek lain, yang mana nak strongkan markah, hold dulu sampai unit 2 dan 3, tapi kalau tak kuat jugak, sila redha untuk retest lagi tahun depan.
Kesimpulannya, aku rasa macam ada batu bedebuk jatuh atas kepala sambil bintang-bintang berterbangan.

Lepas ni, tolong jangan main-main.

Buat kawan-kawan yang akan ambil AS Edexcel bulan Jun ni, semoga berjaya kepada anda dan kita semua. Tapi yang sekali harung AS A2 tu bersedialah anda fizikal dan mental.

Wednesday, 9 March 2011

Esok

Dupdapdap. Owh result.

Selamat Hari Jadi Mak!

8 Mac 2011


Selamat Hari Jadi Mak!
Maafkan adik sebab paling lambat wish. Bukan tak ingat cuma terlalu mengejar masa sampai terleka. Ini suara bila jiwa berkata-kata.

  1. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sehingga adik habis belajar dan mengecap kejayaan.
  2. Semoga cepat menimang cucu. ^^
  3. Terima kasih sebab ajar mengenal alif ba ta dan mengaji <-- Insya-allah al-Quran adalah panduan hidup yang adik akan sentiasa baca dan amalkan.
  4. Terima kasih sebab jahitkan baju kurung along, angah dan adik.
  5. Terima kasih kaitkan topi dengan buat sarung bantal barbie.
  6. Terima kasih buatkan sarung bantal berkaler-kaler.
  7. Terima kasih buatkan bekal untuk bawak masa sekolah rendah.
  8. Terima kasih sebab ikatkan tocang dan sanggul.
  9. Semoga niat menunaikan umrah dan haji dipermudahkan.
  10. Terima kasih ajarkan mengait. Harapan nak buat mafla.
  11. Terima kasih sebab belikan mp3 walaupun memang adik yang mintak. Dan juge laptop.
  12. Terima kasih kerana mendidik kami adik beradik dengan didikan yang baik.

Banyak lagi untuk sebenarnya disenaraikan dan banyak lagi untuk diluahkan.

Selamat Hari Jadi Mak!

Mak saye jawa, ayah pun jawa. Lahir kat Johor.
Tapi kenapa saya tak pandai cakap Jawa? Ish2. Sebab takde usaha nak belajar =.=


Tuesday, 1 March 2011

This upcoming 10 Mac is the date that I am waiting for. My result for AS examination will be coming out and I am so thrill right now. My first expectation towards my own potential for the first big exam am seated.

I will start my IELTS class on this Saturday, 5 March. The class will be at North wing which we have to take the shuttle bus early 8.00 in the morning from the south wing and reach there by 9.00 am. It is possible to walk there but maybe we can try for the way back! Harapan~

One question always appear in my head, what is the suitable event to be held by the OASIS club this semester to involve the whole students (including degree student) so that this club is not being deactivated by the student council. Believe me, it is not that easy to organize an event when you think that you are just a minor club yet you have to do something to keep this club alive. =.='.

Last year was GO GREEN WEEK
This year...still brainstorming.
Cultural week, health week, food week....

Dan aku rasa bertambah-tambah kecik bila orang yang sepatutnya jadi sayap kanan hanya cakap berapi-api daripada buat sebarang tindakan. Perlu yakin dengan peribahasa Kecil-kecil cili padi.

On the 8th March, I will have a field visit to MPOB for the issue report that we are supposed to do for Edexcel. The topic is about biofuel and maybe other topic related to the palm oil.

I am worried for my test result. It still does not achieve my expectation. Brain must think something, heart must keep supporting and body must keep working. Go try harder. and hardest

Oh yeah, for the Bath University I mentioned previously, my friends were offered to join the summer camp there. Did I mentioned FRIENDS. Yes. There are 2 participants from UCSI as I heard that one of the college did not send their application.

Maybe it has 4 college participating overall, UCSI, KYUEM, TAYLOR and INTEC. Which one that are not participate I also dont know.




Sunday, 27 February 2011

Pembalikan perspektif dua dimensi

Tempat : Ti-Ratana
Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 9.00a.m -12.00 pm

Satu kerja amal telah aku lakukan seperti tempat yang dinyatakan di atas. Ti-Ratana ni merupakan rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim yang majoritinya Chinese dan beragama Buddha. Tujuan utama nak memberikan keriangan dan keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tapi setelah penelitian tak semua apa yang kita fikirkan pada mereka yang berada di sana.

Aku bersama dua rakan yang lain sempat sembang dengan seorang popo ni. Berdasarkan penyataan beliau, beliau bukanlah diabaikan oleh anak-anak. Setiap hari, anak-anak popo ni akan datang teman beliau makan tengah hari. Suap moi katanya. Bubur. Popo ni orang Taiping.

Tapi dalam banyak-banyak tu ada juga kerenah yang tak senang dengan kedatangan kami. Tapi kitorang tak ambil pusing pun. Orang berusia kadang sensitif. Apatah lagi kami yang takde sangkut paut dengan diorang.

Sempat juga beramah mesra dengan dengan kanak-kanak yang majoritinya berumur 10 tahun ke bawah. Mula-mula buat performance lagu Rasa Sayang. Tapi nampaknya silap masuk channel la. Terpinga-pinga je diorang tengok. Tapi kitorang dah siap dengan lagu Cina. Ha, tajuk dia Han Koa Lan dengan apatah lagi satu tu.

*******************

Tempat: Yayasan Sunbeam
Tarikh: 26 Februari 2011
Masa: 1.00-3.30 pm

Kerja amal pun diteruskan kat rumah yang dinyatakan di atas. Rumah ni pulak majoriti penghuninya Christian. Umur dalam lingkungan 3 hingga belasan tahun la.

Tapi berdasarkan apa penelitian aku, diorang hidup taklah sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi tu. Tak tak. Mungkin sebab diorang banyak sponsor dan ada yang dah besar. Nak tolong-tolong bersihkan rumah pun macam tak perlu sangat sebab diorang dah ada jadual kerja masing-masing.

Budak-budak tu pun macam endah tak endah je dengan aktiviti dan games yang kitorang buat. Mungkin dah banyak sangat orang datang nak buat kerja amal kat sana sampai diorang pun take for granted je. haih =.="

Waktu mengemas-ngemas bilik diorang, aku tergamam jap. Ada air-cond woo.

Untuk berfikiran positif, penilaian aku, mungkin daripada segi material diorang semua cukup tapi dari segi lain kita tak tau. Dan sikap mereka kepada orang-orang macam kitorang yang nak buat kerja amal ni pun taktau aku nak tafsirkan. Baik tersalah tafsir daripada terlepas cakap.

Pendapat aku, kerja amal kat Rumah Titian Kasih lagi menimbulkan impak yang lebih mendalam. Aku lagi rasa diorang hargai kedatangan kitorang, games yang main bersama-sama. Entah. Sebab aku masih ingat hingga saat dan ketika ini.

Light up lives.

Saturday, 19 February 2011

online homework

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun buku ni dah lunyai, buku Raja fotostet dah masuk tiga keturunan, tapi aku berterima kasih sebab tak buat math tu sorang2 dengan melupakan aku tercengang-cengang. Mulanya cadang mau skype tapi hantar gambar is much more clean and clear.

Hidup Kelab Farmasi! *tetibe


Highlight merah generasi kami. Bulat pakai pen dan pensel generasi terdahulu. Tanda right generasi paleolitik.
Aku buat math dengan lancar dan bahagianya~

Syitoh weyh terima kasih la ke mung.

Hujung minggu rumah?

Assalamualaikum

Hujung minggu di rumah. Rajin la pulak saye nak balik rumah hujung minggu. Motifnya nak teman si Farah balik Tg Malim. Naik ketapi Tanah Melayu. Suka? Masuk je gate A tu, ku jadi keliru betul ke tu tren ke Ipoh. Selalunya tren tu kat sebelah sini, ni asal pulak sebaliknya? Dush. Keretapi kan boleh tukar lane. Rasa seperti mahu menampar2 muka sendiri.

Sabtu
Pagi2 lagi dah mengayuh basikal. Basikal ayah beli untuk latihan mantapkan kardiovaskular. Ha, betul apa. Ayah kata, akhir2 ni IPD buat excercise dengan mengayuh basikal. Jumaat lepas, ayah kayuh basikal ke Slim Village. Jauh tak jauh, mengah la jugak kot. Keluar ikut jalan besar, masuk dalam selekoh2. Tapi boleh pulak ayah kata, ada sorang teman ni kata

"Hang buang tebiat ke kayuh basikal pegi Slim Village ni?"
-dialog rekaan semata-mata

Dekat gym tu ha orang sibuk nak kayuh2 basikal tak gerak. Tambah resistance je (uit aku le tuh). Nasib baik la kan masuk gym percuma, kalau tak mimpi la nak masuk gym semata-mata nak tingkatkan kardiovaskular konon.

Basikal tu bukan main tinggi. Terkial-kial jugak aku naik dan kayuh. Ok fine. Kaki aku tak panjang. Sempat la jugak round2 kawasan sekolah rendah. Masa tu, budak2 tengah ada kokurikulum kot. Macam gegak gempita je suasana. Aku pun mengayuh dengan yakin dan muka gembira masuk ikut gate belakang. Dengar la suara sayup2, "Siape tu weyh?" Aku jerit kuat2 "Ni bekas pelajar sekolah sini la weiii!!!" Tapi malangnya aku sorang je yang dengar dalam hati. Jangan risau la, aku bukan pengganas dikehendaki dunia yang sanggup meledakkan bom dan menimbulkan huru hara kat kawasan sekolah. =.="

Kesimpulannya, aku rindu nak kayuh beskal macam kecik2 dulu. Turun bukit laju2 sambil angin menampar-nampar muka. Tambah best kalau lepas tangan dari handle. Lepas tu, rasa yakin dan selamat walaupun brek tak makan sebab dah pro brek pakai kaki sampai tapak selipar haus.

Okeyh, esok saya mahu mengayuh lagi.

Monday, 14 February 2011

Kekasih awal dan akhir

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Rasulullah S.A.W.

Salam Maulidur Rasul 1432 H

Pengorbanan dan jerit perih baginda mnyebarkan Islam buat aku sayu. Aku bersyukur dilahirkan dengan iman dan Islam sedari kecil. Akidah sudah terpahat cuma diri yang perlu diperkuat.

Ambil masa dan renungkan perjuangan baginda. Dicemuh, dicerca, dihina tapi tak pernah mengalah malah terus bangkit demi perjuangan akidah yang suci.

Nabi sayangkan umatnya. Lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya. Mahu lidah aku agar sentiasa basah berselawat ke atas baginda. Kecintaan aku padanya tidak mahu hanya diungkapkan dengan bicara tanpa melakukan apa-apa. Tapi aku lemah. Cukup mudah hanyut dengan syurga dunia.

Astagfirullah.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda amnya.

Ingin terus aku suburkan kecintaan ini bukan setakat hari ini malah hari-hari lainnya.







Umati, umati...


*********
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Dan sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Pemergianmu, In Team





Monday, 24 January 2011

Bath

Sometimes it feels good when you just finished your exam and can keep away all the books for awhile. Packing things to go back tomorrow and enjoying a bit of time during the holiday. I feel free for the time being yet I am thinking how my brain will undergo oxidation. I hope not. At least.

Or may be not..

I got one task to do during the holidays. This may be not compulsory but it is best if I try to join to gain some extra experience.

The University of Bath (Universiti Mandi??) in UK is organizing an innovation competition for the a-level students oversea including Malaysia, Turki, India and China. One place is reserved for each college that takes part in the competition but before that we have to send a poster and write about

How can Chemistry Help in Climate Change?

Sound simple as we compete each other through the idea in the poster regardless how we obtain the info. It can be from the internet or jurnal or whatsoever books and just present the idea in the poster.

But I have not think of any idea yet. Should watch discovery channel to widen the knowledge.

We had attended one workshop organized by the representatives of Bath University that require us to do two experiments. The first one was about biofuel and next was about solar cell. We had a brief explanation about the procedure and the rest we had to conduct the experiment in pairs but of course with the guidance of the representatives (they are lecturers of the university actually)

The 3 hours session was superb. The best part is that we used everyday materials as our sources of energy. We gained a lot of knowledge and learnt much through the experiment.

The experience is much more important. Whoever the winner among the 14 of us does not matter. Besides, this is the chance for us to know what is our own potential and how far we can go.

Past few years, I did not know what is my potential until someone gave me the golden opportunity to find the potential inside me. Even it was nothing to them but it was something to me. Something that I always remember although it was not a great achievement to be proud of but the path that I walk through gave me a meaningful lesson.

Ok, so

How can Chemistry Help in Climate Change?

=.='

Saturday, 22 January 2011

Harapan

Aku tak mahir untuk berdebat tentang konflik Iraq-Amerika. Semua orang sudah maklum dan lebih faham tentang kronologi peristiwa apatah lagi propaganda yang dibawa Amerika. Cuma beri aku peluang untuk mengarang secebis pengalaman yang aku kutip ketika mengikuti satu perkongsian pengalaman dengan warga Iraq bertempat di UPM Rabu lepas.

Sesi tersebut bukan ceramah namun lebih kepada penceritaan keadaan sebenar Iraq yang dicerita sendiri oleh warga Iraq dalam bahasa Arab dengan penterjemahan terus kepada bahasa Melayu.

The Humanitarian Situation in Iraq.
Anjuran Lujnah Iraq, Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM

Cukuplah apa yang aku dapat simpulkan
  1. Neraka dunia dalam penjara cukup meruntun hati.
  2. Warga Iraq sekejam-kejamnya ditindas
  3. Senjata mereka hanya bom tangan bukan kereta kebal
  4. Mati syahid adalah sumber kekuatan
  5. Golongan kurang upaya sudah kekeringan air mata untuk menahan kesakitan
  6. Syahidnya salah seorang anggota keluarga diterima dengan penuh keredaan walau sakit untuk ditelan
  7. Tertindas di tanah air sendiri
  8. Sesiapa sahaja boleh berperang asalkan punya keberanian
Pengganaskah Islam kalau bangkit untuk mempertahankan tanah air sendiri?
Dunia sedia maklum yang ditindas bukan di negara mereka tapi di negara yang mereka anggap pengganas.
Adilkah kalau mereka guna kereta kebal dan peralatan canggih sedangkan hanya dibalas dengan bom tangan buatan sendiri?
Berapa sangatlah nisbah kematian mereka kalau nak dibandingkan dengan kematian yang telah mereka sebabkan.

Masanya akan tiba. Hijab kebenaran pasti akan tersingkap. Dunia akhir zaman dan itu memang satu kepastian.

Kerdil rasa diri kerana hanya doa yang mampu aku panjatkan.

Iraq Salam membuka ruang kemanusiaan. Insya-Allah niat yang baik akan dipermudahkan.

Friday, 21 January 2011

Waktu Itu


Aku ada kawan. Lima tahun aku kenal sampai masa aku dan mereka ikut laluan sendiri. Walau besar jarak fizikal aku dan kawan tapi aku tak pernah lupa yang aku pernah ada kawan. Dan hari itu, aku cuba catat balik sejarah aku bersama mereka. Sehari ibarat sedetik bagi aku. Sekejap tapi cukup buat aku tersenyum hingga hari ini. Terima kasih kawan.

Bersantapan di Ayam Penyet.

Pecubaan pertama aku naik mende alah skaters ni berjaya

Ni ha muka-muka hampa kerana ketidakberhasilan memanjat ape-tah-taktau skaters tu.
Tyah, Botox. Nanti aku datang sana lagi korang mesti duduk di puncak ini ya. Hee.



Ahad
Bermalam di Intec, menginap di asrama Tyah. Bangun pagi dengan hasrat nak berjoging kat taman luar kolej. Padahal lebih banyak jalan. Ambil angin sambil cerita tentang kehidupan masing-masing. Tak sampai satu round, singgah jap kat satu warong mak cik ni. Tapau nasi lemak bungkus.

Morning stroll diteruskan. Suasana kat taman tu memang la meriah aii. Masyarakat daripada segenap golongan bertungkus lumus menyihatkan diri dengan senaman dan joging. Seruan kerajaan menjalani Gaya Hidup Sihat disahut sebulat suara oleh masyarakat sana. Salute la itu penduduk!!

Kebetulan pulak masa aku datang sana, adalah satu golongan ni anjurkan senamrobik. Aku yang teruja macam berkenan nak join dua kaki. Nasi lemak letak kat satu bench kat bahagian belakang court. Kitorang pun dengan sebulat suara masuk je line. Takdenye orang nak marah. Terasa sihat ha sampai berpeluh satu badan. Last part tu, diorang masuk line poco-poco. Hentam je la weyh. Aku step pun tak pernah hafal. Mana ade aku aplikasikan dalam kehidupan step poco-poco ni. Orang pusing belakang kitorang ikut tapi...

Weyh, ape burung gagak tu buat dengan food kite?

Burung gagak dah sedap-sedap patuk nasi lemak. Memang rezeki ko la encik gagak oii. Donat Tyah dan nasi lemak Izzati telah terkorban menjadi santapan burung gagak.

...dan mereka terpaksa beli lagi.


Tidak ketinggalan, Maisarah, Xylem, Didy

Aifa Farihah

Kawan punya kawan
Tehah
Nabihah

Sekejap tapi cukup bermakna.


Meet Ayam penyet. Bila lapar memang sedap. Kalau kenyang, biasa saja.

Pergh. Makan ABC kat seksyen 2, Fradoo. Memang terangkat la weyh. Mane nak dapat ABC spesel dengan ais krim topping, cokelat dan pelbagai juadah kecil-kecilan hingga penuh mangkuk dengan harga RM3? Fuhh~ cayalah Fradoo.



Petang tu perjalanan diteruskan ke UIA

Afiqah ~ terima kasih belanja makan
Aimi, Jieha ~ terima kasih sudi bawak round uia
Fairuz, Karen ~ terima kasih kerana meluangkan masa

Hajar dan Afiey main basketball.

Anis Adawiyah, Fitted



Terima kasih semua. Kalau senang nanti aku datang lagi. Korang jemputlah ke tempat aku pulak. Nanti aku try masakkan apa-apa yang spesel. Huh. Perasan terer masak. Datang tau! Boleh jumpe nigers kat sini. Hahaha

Saturday, 15 January 2011

Aplikasi



Since every failure is a lesson, every challenge is an opportunity and every joy is a triumph, it is hard to go wrong

-Michael Addison Reed-

Betul. Ayat mudah untuk merangkumkan konklusinya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Usaha dan tawakal berjalan seiring. Dan yang paling penting, minat dan keyakinan Prinsip mudah untuk aplikasikan, jom main rubic cube!

Aku jadi kagum bila lihat orang terer main rubic cube. Pusing punya pusing sampai orang yang tengok pun jadi teleng tapi pengakhiranya, siap jugak. Padahal tadi macam takde satu warna pun yang sama. Hmmph. Kau nak kelentong aku yer.

Wave Rubic Cube menyerang sekolah time aku form 5. Kalau kat kelas aku, individu yang bertanggungjawab sebarkan virus ni adalah Eldaa. Pergh. Siyes aku kagum tengok dia main. Aku pun korek-korek la rahsia macammana beliau boleh berjaya siapkan rubic cube tu. Dan jawapan yang buat aku nganga termangu seketika,

Tengok kawan main dan applikasikan formula dia.

Jawapan yang pertama boleh la terima akal lagi tapi yang kedua tu cam tak masuk akal je. Ingat ni add math ke nak applykan formula. Tak nak aku hafal formula tu sume. Baik hafal formula physic lagi bagus.

Tapi akhirnya, aku terinfect juga dengan virus ni. Memang contagious habis. Mula aku tengok Eldaa main, pastu dia suruh aku try buat base satu kaler. Okeh, aku dah dapat ritma dan tempo dia. Eceh. Tipsnya, focus dengan satu kaler yang nak buat. Focus sampai lebam. Pastu buat second layer yang macamkek lapis tu. Ha, yang ni kene apply formula apekebendetah

Ni formula yang aku salin. Dulu, mane ade mase nak melayari utube segala bagai tu nak belajar main mende alah ni.

Buat ikan : F R U R' U' R' F' R U R U' R'
After ikan : R U R' U R U U R'
Last : F' L F' R R F L' F' R R F' F'

See, dah macam bunyi tekukur kene sembelih je. Kemain semangat tiap kali main rubic, refer jampi serapah ni. Sungguh la aku memang dah tak relevan. Tapi akhirnya, aku tak refer jampi tu lagi sebab lama-lama main tangan dah macam gerak sendiri. Macam tadi la, ritma dan tempo dan diadun sebati.

Then, samakan kaler top layer lak.
Sebulan aku tuntut ilmu ni, lepas tu graduate boleh jadi tutor sambilan. Ceh. Perasan.


Ni la rubic cube yang aku main sampai lebam. Hee. It's not mine actually. Maaf, 'ter'buat ini jadi harta sendiri. Takpe kan, kan, kan. Tee hee.

Daripada situ, terlakar satu pengajaran. Kejayaan takkan dapat dicapai kalau tak ada keinginan.

And it is applicable to A-Level too...


Friday, 7 January 2011

Let's Get Fit!

One lift was under maintenance. The other two were still on their way up. 23 and 15 with the up arrow sign. Nothing to be so rush on going back to the unit. Stomach was already full and my friend was thinking of something fun. Yeah, how about we used the stairs rather than using the lift.

Floor P4... bombarded with high energy electron
Floor 3A... I think we need Hall's tutti fruitti to boost up our energy
Floor 5... thinking of waiting for the lift
Floor 7... seem like we had a shortage of oxygen
Floor 10... finally, we reached our destination!!

Phew~!

I was thinking that my heart did a hard work to pump out the blood for the oxygen supply to the body muscle
Or maybe some cholesterol blocked the pathway of the artery
Too much lactic acid were accumulated

Conclusion : I'm becoming less fit over the time. Easily to get exhausted when doing some extra and vigorous movements.

Action to be taken :
1. Trying to minimize the usage of lift and vote for the usage of the stairs.
2. Skipping! This can be done even in the unit.

How about listing it down in my new year resolution? *Angguk-angguk. I am doing this for my own benefit and my own satisfaction and my own risk.

* * * * * * *

Another story from the different scene.

One Chinese aunty returned back the money balance and I figured out that the money was torn.

Me: Eh, duit ni koyak la.
The aunty took back the money and I'm hoping for the replacement.
Aunty : (Come and give the exact amount as before)
Me: (Jaw drop) (Dalam hati) Ceit, kalau setakat letak selotape kat tempat koyak tu, aku pun boleh buat sendiri. =.='

Aku pun berlalu begitu saja. Ah, kerek. Aku akan pastikan duit tu digunakan secepat mungkin untuk hapuskan bahan bukti. Perlu ke? Ah, nak buat jugak.

Thursday, 6 January 2011

Inequilibrium state


Currently my life now is surrounding by books. Mehehe, Lie. Not all the time but I do try my best to get into the books. The educational one, where the topic discussed are about what are we made up of and the blablaba. I'm trying hard. Back to the college one week earlier just to make sure that I have the last touch up studying and revising the subjects or maybe cover up what I have missed up. Unfortunately, nothing much is covered up here. The quality time of studying is maybe from 10.00 am until 3.00 pm. Hopefully the choice of studying in the uni library will pay us something afterward. Phew.

Can you see that gloves? Ouh, that one is for farming. Go green dude. Haha.

These are the supplements to keep us ALIVE.

Dentyne sponsored by Anis
Choki choki big thanks to Farah
Nostalgic Chewing Gum by me :)

I'm really not that kind of student or person which put 100% their heart into the study. Really I'm not. Walking back to our unit at around 3.00 pm, something that pop up in our mind is that, "Oh, nak makan ape hari ni?" Due to the high life cost and lacking of Malay stall, we have no choice rather than buying something at the one 'Kakak's stall' in front of Watson. Something like kedai pakai buang. No, I mean kedai pasang cabut. Ah, very weak at describing but I know you get the idea huh. Haha.

Once me or my friend of somebody switch on the Internet modem, all the study atmosphere just disappear in one blink. My first intention on turning on the laptop just to check email. Facebook a little. Blogwalking a while but it all turning up that I've lost in the cyberspace. The clock seems ticking very fast. Much time is wasted but I'm still not get back to the real world.

When too much knowledge stuff in my head, I do play this releasing tension game. Ouh, maybe in my perspective only. Presenting SALLY's SALOON. Childish eyh? Hoho better than sticking up 24/7 with the books.



Oryte, straight to point. I am actually will be seating for my AS examination next week. Still not clear. Let me caps it NEXT WEEK. Hey, the exam is

NEXT WEEK
10 JANUARY 2010

Ahhah. That's it.

Saturday, 1 January 2011

2009 is STILL in memory
where we had

Warung Pak Leman
Kelab Melatah
Kelab Lambat Respons
Kelab Berpantun

and not to forget

Korean Fan Unofficial Club
listening to 96.3 FM in JB from 8.00 pm-10.00 pm

life is like a wheel and much more to explore
yet the memories are not faded and will always be here

here

forever

*owh, what mood is this. back to reality please.
sudah lapuk la weyy

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...