TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA
Sebuah cerpen fiksyen Sains yang dikarang oleh penulis terkenal:
· Acloronitryl Butadine Styrene (Best Author World Book Festival, 2008)
· Profesor Julia Cun Melecun (Author of Secret of Love, 2006)
· Dr. Zapiniah Reddy de Bluey (Author of Trilogy, Best Novel 2008)
· Miss Amal Sapphire (Author of Mane Selipar Toiletku, Cute Novel, 2010)
PENGENALAN
Penulisan cerpen ini tercetus pada tahun 2008, apabila empat orang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh sudah ketandusan idea untuk menghabiskan masa mereka selepas tamatnya peperiksaan diagnostic. Kertas kajang sekolah yang masih berbaki menjadi tempat untuk mencurahkan segala idea yang terbuku dalam fikiran keempat-empat pelajar tersebut. Bermulalah sebuah kisah yang penuh dengan aksi dan penulisan yang sukar ditafsirkan.
Amaran: Disebabkan ini adalah cetusan idea daripada empat orang individu yang berlainan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan anda dalam memahami bahasa yang kami gunakan.
CHAPTER 1
Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suamii isteri di Planet Gutan (gumuk+mutan). Mereka berasa sangat sunyi kerana tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka pun turun ke bumi untuk mengambil anak angkat dari bumi dan akhirnya mereka bertemu dengan anak gadis pasangan yang miskin. Gadis tersebut mempunyai 47 chromosomes, matanya sedikit kurang normal, tubuhnya pendek dan dia mengalami masalah otak. Di kampong itu, gadis tersebut digelar Mutan Julie (Muju). Namun begitu, Muju tidaklah sebengis dan sehuduh yang disangkakan. Dalam keadaannya yang begitu miskin, Muju masih ingin meneruskan kehidupan dan berusaha untuk membuang 1 chromosomenya yang telah terlebih itu.
Kehidupan Muju yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memaksanya untuk bekerja kuat. Muju bekerja di lading ternakan. Sesekali semasa bekerja, Muju berbual-nual bersama ayam-ayam ternakannya tentang nasib dirinya yang terlebih chromosome. Salah seekor ayammnya yang diberi nama Mc. Gemox sering menjadi teman bualnya. Mc. Gemox menerima nasib yang samamacam Muju kerana ayam itu disyaki sebagai pathogens. Mereka sama-sama menangisi nasib masing-masing. Lalu pasangan suami isteri alien itu berasa simpati dan ingin megambil Muju sebagai anak angkat memandangkan Muju amat sesuai tinggal di planet mereka kerana keadaanya itu. Terbanglah pasangan suami isteri itu bersama Muju dan Mc. Gemox ke Planet Gutan. Di sana, Mc. Gemox pula telah disuntik dengan sejenis chemical khas yang dicipta oleh saintis terulung planet mereka iaitu Profesor Amalina Yang Kurus (Amyrus). Mc. Gemox telah berubah menjadi seorang gadis yang comel.
4 comments:
haha...nice story...
aku kn pengikut setia story korang nih!
hahahaha!
update2x!
tbe2 ayam bole jadi gadis?
Bahahahaha MC GEMOX..aku fhm..
patutnya jadi lah ayam tuh
LAKI+POMPUAN..
baru sesuai ngan nick
MC GMOX uhhhh..ehem2..
aku phm.LALALALA
hahaha..boley la cam2 doty..hahah..due jantina..bley gak pakai..hahaha
disebabkan cite ni adalh fiksyen semata-mata,jadi semuanya tidak mustahil berlaku..hehs
Post a Comment